Bakal Pengantin Baru Harus Tahu !
Demi Menjaga Titisan Zuriat Keseterusnya
INI AMANAH ALLAH !!
Apa itu saka ia bukan saja dari Jin keturunan ..Bahkan ia bermula dari awal kejadian manusia sepertimana janji Iblis untuk mengganggu anak ADAM.Pernahkan anda dengar Kenapa Iblis menangis semasa pengantin baru beraqad nikah, gangguan hubungan kelamin, ketika datang haid, dan ketika hamil ?
Sebenarnya gangguan saka ini teramat bahaya..memang semula jadi kejadian insan ini menjadi sasaran seperti mana kontrak iblis dengan Allah SWT..
Adakah saka itu Iblis ?
YA ! Iblis sudah pasti mensasarkan ‘kilang pegeluaran’ insan menjadi sasaran dan diserang dulu ibarat mengebom kilang pegeluaran jet, kapal selam dan lain-lain agar lumpuh dan hilang fungsi ..Jadi ibarat negara =(jasad, ruh dan minda) keseluruhannya akan lemah sistem pertahanan. Hasilnya, badan menjadi lemah dengan banyak penyakit, penghantaran saraf lambat, IQ lemah, mudah migrain, Iman tidak kukuh ,susah terima Ilmu, Keegoan yang tinggi..
Malah lebih teruk laluan online kemasukan gangguan syaitan seperti histeria, sampuk , halusinasi, siuman dan perbagai penyakit keturunan berlaku
Apa itu saka ! Konsep Saka ini ibarat komando, komando saka akan serang dulu dan buka laluan untuk serangan besar-besaran. Ramai yang kita faham dan tahu SAKA ini sama macam syaitan lain.
Hakikatnya,saka ini adalah pembuka jalan kepada segala masaalah sosial buang anak, rumahtangga di mana bermula sistem pembentukan kehidupan manusia seperti mana janji-janji iblis menyesatkan manusia.
AWAS !! Terutama kaum ibu yang bakal menentukan anak-anak zuriat kita, menjadi ahli Jannah atau sebaliknya, kaum ibulah penentu, membuka laluan syaitan yang memusnahkan seluruh jasad, minda dan ruh sejak janin lagi..
Maka, dari situlah kita harus hijabkan (dindingkan) laluan itu terlebih dahulu.Namun.. mungkin ada yang kurang setuju kenapa pula “kaum Ibu” menjadi sasaran.
Ingat ! Ibu berjiwa tenang, mudah terusik dengan godaan, tambahan pula bila dalam keadaan mengandung emosi mudah tergangu begitu juga bila datang bulan..jadi di kesempatan itulah di takluk oleh virus syaitan..sepertimana kisah Saidina Hawa di goda, jadi ingatlah semua bermula dari pembentukan janin tadi dan kitaran haid..usahlah bimbang..bagaimana cara dan seterusnya adalah menjadi rahsia yang jarang didedahkan oleh sesiapapun sebelum ini..
Secara ringkasnya, kami menggambarkan bahawa………
Saka : Punca Kemusnahan Insan Sedari Lahir

Serangan Pertama 
Menyerang dan menjangkiti telur atau ovari wanita

Serangan Kedua 
Menyebabkan ketidaksempurnaan fungsi telur
Akibat Pertama 
Janin terhasil dari persenyawaan telur yang tidak sempurna
Akibat Kedua 
Bayi dilahirkan mempunyai organ, sistem saraf dan sistem pertahanan tubuh yang lemah
Akibat Ketiga 
Insan mengalami pelbagai penyakit fizikal, lemah minda, dan mudah dijangkiti kuman merbahaya
Akibat Keempat 
Tenaga saka yang berada dalam jasad akan membuka laluan untuk serangan jin dan syaitan seperti histeria, sampuk, santau, pergaduhan atau stress atau tekanan mental dan lain-lain yang disedari atau tidak disedari.
Pemikiran dan minda masyarakat kita akan terus tepu dan membeku untuk berfikir lebih jauh, matang dan kreatif kerana diganggu oleh SAKA dan mengalami kelembapan untuk berdaya maju dengan bangsa lain.
Tiada pendedahan yang wajar untuk mengANTIkan SAKA, kerana masyarakat lebih suka mengAKTIFkan ‘suis’ SAKA ini supaya hidup dan membara secara berterusan dari zaman berzaman sedangkan tidak sesuai pada masa kini. Seharusnya kita abaikan dan buangkan demi kesejahteraan diri, kaum keluarga dan masyarakat Islam.
Demi untuk mencapai ketenangan dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT yang selayaknya perlu ditaati dengan sepenuh jiwa dan raga.
Kes jenayah di kalangan umat Islam masakini teramat hebat dan melampau sehingga tidak dapat diubati dan dicegah secara zahir.
Teramat banyak kes penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya.
Dan marilah kita fikirkan sama-sama setelah kita saksikan kejahatan yang melampau dimuka bumi ini dan seterusnya Dajjal akan muncul dengan cepat kerana kelalaian manusia itu sendiri.


No comments:
Post a Comment