jika BELUM siap.. cintailah dalam DIAM
AKU SEMAKIN TUA....

Aku dah makin tua.
Dah tak larat nak naik tangga,
Baju pun dah tak muat,
takde masa untuk menyemat.
Badan aku semakin berat,
Nak naik tangga pun dah tak larat,
Apatah lagi nak mengorat,
seluar yang aku pakai pun makin sendat.
Aku dah makin tua,
selalu pening kepala,
nak menulis pun takde masa.
Asyik terlentang mengadap siling,
Kipas angin laju berpusing.
Aku dah makin takde kederat,
Nak berlari dah tak larat.
Kena elak makan banyak karbohidrat,
No kolestrol, no makanan berat-berat.
Aku dah makin tua,
Selalu migraine pening kepala
Kadang-kadang juga pelupa.
Eh hari ni hari apa?
badan aku makin besar,
Makin gemuk dan makin sendat.
Kawan jumpa tanya kenapa makin bulat?
Aku jawab banyak makan takde exercise,
sebab itu terlebih size.
Aku dah makin tua,
Semakin hari semakin takde tenaga.
Naik tangga pun aku cuba nak gagah,
Sampai diatas termengah- mengah.
Aku dah makin tua.
muscle makin kecut dan kendur,
Bila tiba waktunya akan datang juga,
Masa untukku baring dan terus tidur.
Tips Idea menulis Blog....
Masalah kekurangan idea untuk menulis blog memang satu masalah yang biasa bagi hampir kesemua blogger.
Terutamanya kepada blogger baru. Jika kita tiada idea untuk menulis, tiada lah entri baru.
Kesannya ialah, apabila terlalu lama blog tiada entri-entri terkini.
Sebab tu, jika anda rajin membaca blog orang lain anda akan mendapati entri-entri seperti;
“sudah lama blog ni tak berupdate”
“Dah bersawang blog ni”
“Dah berhabuk…” dan sebagainya.
Kali ini, saya akan kongsikan satu cara kepada anda, untuk memastikan anda sentiasa tidak ketandusan idea.
UPDATE Aktiviti Anda di dalam blog. Tidaklah semua entri, tapi, cukuplah dijadikan cerita atau entri terbaru pada blog anda.
Anda boleh kongsikan pengajaran yang anda dapat daripada aktiviti anda tadi. Contohnya, anda baru balik bercuti. Anda boleh cerita pengalaman percutian anda. Anda boleh kongsikan gambar-gambar, video dan kalau boleh, cerita-cerita yang menarik.
Oklah, itu dahulu tips daripada saya.
Awas ! Seksual Bakal Pengantin Baru.. | apa itu saka...
Bakal Pengantin Baru Harus Tahu !
Demi Menjaga Titisan Zuriat Keseterusnya
INI AMANAH ALLAH !!
Apa itu saka ia bukan saja dari Jin keturunan ..Bahkan ia bermula dari awal kejadian manusia sepertimana janji Iblis untuk mengganggu anak ADAM.Pernahkan anda dengar Kenapa Iblis menangis semasa pengantin baru beraqad nikah, gangguan hubungan kelamin, ketika datang haid, dan ketika hamil ?
Sebenarnya gangguan saka ini teramat bahaya..memang semula jadi kejadian insan ini menjadi sasaran seperti mana kontrak iblis dengan Allah SWT..
Adakah saka itu Iblis ?
YA ! Iblis sudah pasti mensasarkan ‘kilang pegeluaran’ insan menjadi sasaran dan diserang dulu ibarat mengebom kilang pegeluaran jet, kapal selam dan lain-lain agar lumpuh dan hilang fungsi ..Jadi ibarat negara =(jasad, ruh dan minda) keseluruhannya akan lemah sistem pertahanan. Hasilnya, badan menjadi lemah dengan banyak penyakit, penghantaran saraf lambat, IQ lemah, mudah migrain, Iman tidak kukuh ,susah terima Ilmu, Keegoan yang tinggi..
Malah lebih teruk laluan online kemasukan gangguan syaitan seperti histeria, sampuk , halusinasi, siuman dan perbagai penyakit keturunan berlaku
Apa itu saka ! Konsep Saka ini ibarat komando, komando saka akan serang dulu dan buka laluan untuk serangan besar-besaran. Ramai yang kita faham dan tahu SAKA ini sama macam syaitan lain.
Hakikatnya,saka ini adalah pembuka jalan kepada segala masaalah sosial buang anak, rumahtangga di mana bermula sistem pembentukan kehidupan manusia seperti mana janji-janji iblis menyesatkan manusia.
AWAS !! Terutama kaum ibu yang bakal menentukan anak-anak zuriat kita, menjadi ahli Jannah atau sebaliknya, kaum ibulah penentu, membuka laluan syaitan yang memusnahkan seluruh jasad, minda dan ruh sejak janin lagi..
Maka, dari situlah kita harus hijabkan (dindingkan) laluan itu terlebih dahulu.Namun.. mungkin ada yang kurang setuju kenapa pula “kaum Ibu” menjadi sasaran.
Ingat ! Ibu berjiwa tenang, mudah terusik dengan godaan, tambahan pula bila dalam keadaan mengandung emosi mudah tergangu begitu juga bila datang bulan..jadi di kesempatan itulah di takluk oleh virus syaitan..sepertimana kisah Saidina Hawa di goda, jadi ingatlah semua bermula dari pembentukan janin tadi dan kitaran haid..usahlah bimbang..bagaimana cara dan seterusnya adalah menjadi rahsia yang jarang didedahkan oleh sesiapapun sebelum ini..
Secara ringkasnya, kami menggambarkan bahawa………
Saka : Punca Kemusnahan Insan Sedari Lahir

Serangan Pertama 
Menyerang dan menjangkiti telur atau ovari wanita

Serangan Kedua 
Menyebabkan ketidaksempurnaan fungsi telur
Akibat Pertama 
Janin terhasil dari persenyawaan telur yang tidak sempurna
Akibat Kedua 
Bayi dilahirkan mempunyai organ, sistem saraf dan sistem pertahanan tubuh yang lemah
Akibat Ketiga 
Insan mengalami pelbagai penyakit fizikal, lemah minda, dan mudah dijangkiti kuman merbahaya
Akibat Keempat 
Tenaga saka yang berada dalam jasad akan membuka laluan untuk serangan jin dan syaitan seperti histeria, sampuk, santau, pergaduhan atau stress atau tekanan mental dan lain-lain yang disedari atau tidak disedari.
Pemikiran dan minda masyarakat kita akan terus tepu dan membeku untuk berfikir lebih jauh, matang dan kreatif kerana diganggu oleh SAKA dan mengalami kelembapan untuk berdaya maju dengan bangsa lain.
Tiada pendedahan yang wajar untuk mengANTIkan SAKA, kerana masyarakat lebih suka mengAKTIFkan ‘suis’ SAKA ini supaya hidup dan membara secara berterusan dari zaman berzaman sedangkan tidak sesuai pada masa kini. Seharusnya kita abaikan dan buangkan demi kesejahteraan diri, kaum keluarga dan masyarakat Islam.
Demi untuk mencapai ketenangan dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT yang selayaknya perlu ditaati dengan sepenuh jiwa dan raga.
Kes jenayah di kalangan umat Islam masakini teramat hebat dan melampau sehingga tidak dapat diubati dan dicegah secara zahir.
Teramat banyak kes penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya.
Dan marilah kita fikirkan sama-sama setelah kita saksikan kejahatan yang melampau dimuka bumi ini dan seterusnya Dajjal akan muncul dengan cepat kerana kelalaian manusia itu sendiri.
EMAK
TRUE FREINDS.....




In my life people have come and gone
And I was made to believe that everything was wrong
That happiness was to far out of reach
That a true friend in my life
I could never keep
Then one day, I saw you there
And a friendship began that has never faded
It has only grown stronger, never to be jaded
You have seen my inner most deepest thoughts
Witnessed the pain that life has brought
And yet you stand right by my side
Never letting me give up and hide
Your friendship has kept me through the darkest of nights
And with all these wrongs, you make it right
I am trully blessed to have a friend like you
And there is nothing in this world that I would not do
For you, my friend are a diamond in the rough
And all these words will never be enough
To trully express what your friendship means
And how to the end, I will always be
There for you, through the good times and the bad
Because you my friend, are the best friend I ever had.
....ABAH....
--------ABAH--------♥
Mungkin MAK lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ABAH lah yg mengingatkan MAK utk menelefon kita?
Semasa kecil, MAK lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ABAH pulang bekerja dgn wajah yg letih ABAHlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?
Saat kita sakit@demam, ABAH sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ABAH sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. ABAH dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ABAH, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.
Saat kita sudah d percayai, ABAH pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ABAH lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..
Setelah kita dewasa,ABAH telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ABAH hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..ABAH adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..ABAH akan tersenyum dngan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ABAH... ABAH sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ABAH melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ABAH pun tersenyum bahagia..
Apa kita tahu,bhw ABAH sempat pergi ke belakang dan menangis?
ABAH menangis krn ABAH sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ABAH hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..
I Ɩ♥ѵӗ U ABAH ♥
Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai. Apa khabar dengan keluarga di Johor? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa.
Kakak pun tak berapa jelas mengapa kakak nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar kakak tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, kakak selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang kakak tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.
Dipendekkan cerita, along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila kakak cakap macam ni. Kakak bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Kakak nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, kakak akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah.
Kadang-kala, kakak rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Kakak bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi kakak nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. Allah S.W.T berfirman:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.
Di universiti kakak, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita, sama ada nak kepada benda baik atau buruk.
Mengenai calon, kakak tiada lagi. Tapi, InsyaAllah kalau mak dan ayah bagi kakak green light, masalah calon, mak dan ayah jangan risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Kakak lebih suka calon tu kakak yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk kakak.
Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak kakak akan menerima nafkah zahir dan batin daripada suami yang kakak nikahi nanti. Seperti yang kakak katakan awal-awal tadi, kakak nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh kakak belajar, dan kemungkinan juga lelaki tu juga sedang menuntut di unversiti, maka kakak akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah S.A.W, Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah khitbah’ atau ‘nikah gantung’.
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau kakak telefon dia, kakak dapat pahala, kakak rindu kat dia, kakak dapat pahala, kakak bagi hadiah kat dia, kakak dapat pahala malahan kalau kakak keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, kakak nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita.
Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan kakak masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka kakak akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib kakak terima sebagai isteri walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk memberi RM50 sebulan, maka kakak akan terima dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga).
Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jangan risau, sebelum kakak nak nikah, kakak akan jelaskan hal ini kepada bakal suami kakak. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tidak, kakak tangguh dulu. Apa-apa pun, kakak tegaskan sekali lagi, kakak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.
Kakak tengok semua sepupu kakak nikah awal dalam umur 22 tahun. Kakak cadang pun begitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu kakak tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak kakak nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mahu tak mahu, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah. Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati. Kakak juga harap, anak-anak kakak nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul.
Kakak sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab kakak tak tulis nama mak dan ayah. InsyaAllah dalam risalah tu kakak ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.
Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. kakak nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi kakak, kalau kakak membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab kakak pun seorang perempuan yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja kakak membicarakan hal nikah ni ketika mana kakak baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, kakak dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat kakak ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Kakak tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang kakak katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.
Kalau boleh jangan bagi tahu abang dan kakak saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan kakak ini atas beberapa faktor. InsyaAllah, kalau ada apa-apa nanti, kakak akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang perempuan, perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.
Akhirul kalam, doakan kakak di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Johor.
Puterimu,
Kakak.


